Makanan Taiwan memang mendapat pengaruh besar dari sentral China dan selatan China, tapi makanan negara ini juga memiliki rasanya yang tersendiri. Makanan paling popular di sini adalah mi sup daging, namum makanan kesukaan penduduk tempatan biasanya juga mengandung khinzir, tauhu, ayam, atau makanan laut.
AGODA EXTRA: Penggemar makanan unik wajib mengunjungi Modern Toilet Restaurant. Namanya memang agak menjijikkan, tapi jangan bimbang, restoran ini bersih dan makanan yang disajikan pun sangat lazat. Anda juga boleh makan sambil duduk di atas mangkuk tandas dan minum dari gelas berbentuk tempat kencing? Restoran ini boleh ditemui di Pasar Malam Shilin dan Pasar Malam Ximending.
1. Makan stik ayam sebesar muka anda di FOOD COURT PASAR MALAM SHILIN
Dua faktor yang menjadikan Pasar Malam Shilin sebagai salah satu pasar paling popular di Taiwan adalah barang-barang murah yang boleh ditawar dan semestinya makanan enak! Mengarah ke selatan untuk menemui Underground Food Court yang juga jadi kegemaran penduduk tempatan.
Apa yang perlu dicuba di Shilin Night Market Food Court:
Stik ayam goreng gergasi
Vermiseli tiram
Roti goreng
Restoran terkenal di kawasan:
Yong He Soy Milk King: nikmati sarapan dengan semangkuk susu soya.
Daftar Masuk ke Flip Flop Hostel – Garden, Langkah Keluar ke Yong He Soy Milk King
Teroka lagi rumah tumpangan dan hostel di Daerah Shilin
2. Cuba sup herba yang menyihatkan di PASAR MALAM RAOHE
Terletak di antara Songshan Wufenpu Fude Temple dan tepi Sungai Keelung, Pasar Malam Raohe adalah salah satu pasar tertua di Taiwan. Pasar yang kelihatan tradisional dan unik ini menjadikan pasar ini sebagai lokasi penggambaran ideal untuk program TV tempatan. Menyaksikan penggambaran program masakan TV tempatan menjadi bonus ketika berkunjung ke sini!
Apa yang perlu dicuba di Pasar Malam Raohe:
Stu rusuk khinzir dalam ubat herba cina
Roti lada hitam
Tauhu busuk
Restoran terkenal di kawasan:
Din Tai Fung Xinyi: makan xiaolongbao yang memenangi anugerah (sup ladu) di restoran asal di jalan Xinyi.
Daftar Masuk ke Dolamanco Hotel, Langkah Keluar ke Din Tai Fung Xinyi
Teroka lagi hotel murah dan hostel berhampiran Pasar Malam Raohe
3. Nikmati semangkuk bubur panas dan telur dadar di PASAR MALAM NINGXIA
Pasar Malam Ningxia di Daerah Datong terkenal dengan makanan Taiwan berupa cemilan dan kuliner unik. Lorong-lorong di pasar yang tidak terlalu besar ini membuatnya mudah dijelajahi, dan menjadi kegemaran warga tempatan untuk berbelanja sempena Tahun Baru Cina.
Apa yang perlu dicuba di Pasar Malam Ningxia:
Bebola taro goreng
Vermiseli tiram
Bubur
Teh bubble
Restoran terkenal di kawasan:
Ay-Chung Flour-Rice Noodle: Mi buatan tangan ini sangat halus dan lembut di lidah dengan campuran kuah asam manis lengkap dengan tuna.
Chun Shui Tang: Bubble tea yang terkenal ini sebenarnya berasal dari Taichung, tapi anda juga boleh menikmatinya di pelbagai lokasi di Taiwan.
Daftar Masuk ke V One Hotel, Langkah Keluar ke Pasar Malam Ningxia
Teroka lagi pangsapuri dan hostel di Daerah Datong
4. Cuba telur rebus hitam dan kek manis di TAMSUI OLD STREET
Jika anda ingin menaiki feri dari Fisherman’s Wharf berhampiran Lover’s Bridge, sebaiknya anda singgah ke Tamsui (Danshui) Old Street. Nikmati roti dan kek yang baru dibakar sambil menyusuri tepi sungai. Pencuci mulut memang dicari dahulu di sini Tamsui, namun jangan lupa makanan Taiwan yang lain seperti telur rebus hitam (iron egg) dan keropok ikan sambil menyaksikan matahari terbenam di Laut Cina Selatan.
Apa yang perlu dicuba di Tamsui Old Street:
A-gei
Sup bebola ikan
Kek bakar tradisional
Telur besi
Jus asam boi
Daftar Masuk ke Fullon Hotel Tamsui Fishermen’s Wharf, Langkah Keluar ke Tamsui Old Street
Teroka lagi hotel 5 bintang dan resort di Tamsui