fbpx

Pasar Malam Shilin: Tarikan Wajib Pergi di Taiwan

Lawatan ke Taiwan tidak lengkap tanpa melawat salah satu pasar malam terkenal di negara ini, dan pasar malam yang paling disarankan ialah Pasar Malam Shilindi Taipei. Terletak dalam Daerah Shilin, pasar ini merupakan pasar malam terbesar dan paling terkenal di bandar ini. Di sini anda boleh menemui makanan jalanan Taiwan yang enak-enak dan barangan yang unik. Saiz, skop, sejarah, dan populariti berterusan Pasar Malam Shilin sebagai kawasan utama aktiviti malam menjadikannya tarikan wajib pergi yang perlu ditambah dalam jadual lawatan ke Taipei.

Pasar malam Shilin-Taipei-pandangan depan

Pengenalan kepada PASAR MALAM SHILIN

Pasar Malam Shilin merupakan lorong-lorong berselirat yang penuh dengan pelbagai penjual makanan dan barangan. Pengunjung mempunyai pelbagai pilihan sama ada ingin makan, pergi ke kedai atau juga hanya melihat-lihat dan merasai kesibukan suasana di pasar ini. Pasar Malam Shilin sentiasa dipenuhi oleh pelancong, tetapi anda juga boleh melihat ramai penduduk tempatan membeli barang-barang keperluan mingguan. Bersedia untuk tawar-menawar dan pastikan anda memakai kasut yang selesa kerana pasar ini amat luas. Anda akan menemui banyak makanan jalanan Taiwan yang enak-enak dan pelbagai pakaian dan aksesori murah untuk menyerikan lagi almari anda.

Sejarah Pasar

Pada hari ini, Pasar Malam Shilin terletak di bekas tapak dermaga Sungai Keelung. Hasil dari ladang-ladang di sekitar kawasan Shilin akan dijual di dermaga untuk dihantar ke pelabuhan-pelabuhan lain di sepanjang sungai. Pasar siang dibuka di sini pada tahun 1909 dan pasar malam mula dibuka secara rasmi lebih dari satu abad yang lalu pada tahun 1913. Ini menyebabkan banyak perniagaan baru dibuka, serta banyak penjual dan pelanggan mula berkunjung ke kawasan ini. Pasar Malam Shilin berkembang dengan pantas menjadi pasar malam terbesar dan paling sibuk di Taipei. Pasar malam ini terus dibuka di dalam bangunan asal hingga tahun 2002 apabila bangunan tersebut perlu dirobohkan. Penjual berpindah ke bangunan sementara sementara pasar tersebut dibina semula. Akhirnya, pada tahun 2012, bangunan Pasar Shilin yang baharu telah dibuka.

Susun Atur Pasar Malam Shilin

Pasar Malam Shilin terbahagi kepada dua kawasan utama: bangunan pasar baharu dan penjaja dan perniagaan yang dibuka di sekitarnya. Bangunan Pasar Shilin mempunyai satu aras di atas tanah dan tiga aras bawah tanah, dengan dua aras dikhaskan sebagai tempat letak kereta untuk pengunjung yang datang dengan kereta. Di aras utama, anda boleh menemui pelbagai hasil pertanian segar serta barangan seperti pakaian, aksesori dan cenderamata. Aras di bawahnya merupakan tempat makannya yang terkenal di seluruh dunia. Tiada tempat yang lebih baik untuk mencari pelbagai masakan tradisional dan makanan jalanan Taiwan. Pengunjung boleh memilih dari lebih 500 gerai makanan di aras ini. Setelah kenyang, anda boleh melihat-lihat kedai di sekitar Kuil Chi Cheng dan Teater Yangming. Membeli-belahlah di sini untuk pakaian, produk rambut, barangan elektronik, topi, kasut, aksesori, dan banyak lagi barang yang murah.

Pasar malam Shilin-Metro Taipei

Merancang lawatan ke PASAR MALAM SHILIN

Pasar Shilin dibuka pada lewat petang setiap hari dan boleh diakses dengan mudah dari mana-mana tempat di bandar Taipei. Jika anda merancang untuk melawat pasar ini (yang seharusnya wajib), berikut disertakan beberapa panduan sebelum anda ke sana.

Alamat dan cara untuk ke sana

Alamat rasmi Pasar Malam Shilin ialah No. 101, Jalan Jihe, Daerah Shilin, Bandar Taipei, Taiwan 111.

Pasar ini hampir meliputi satu kawasan kejiranan dan Jalan Dadong, Jalan Danan, Jalan Wenlin, dan Jalan Jihua menjadi tanda sempadannya.

Anda boleh ke Pasar Malam Shilin dengan mudah dengan menggunakan Sistem Metro Taipei, yang telah meningkatkan jumlah pelancong ke pasar ini dalam beberapa tahun ini. Anda hanya perlu berjalan kaki sedikit dari Pintu 1 Stesen Jiantan, yang berada dalam Laluan Tamsui-Xinyi.

Waktu operasi

Kebanyakan penjual di Pasar Malam Shilin mula membuka gerai mereka antara 4 p.m. hingga 5 p.m. Aktiviti mula reda menjelang tengah malam, dan pada 1 a.m., kebanyakan gerai telah ditutup.

Memandangkan kebanyakan pengunjung ke pasar malam untuk makan malam atau untuk snek selepas makan malam, waktu paling sibuk di Pasar Malam Shilin adalah sekitar 7 p.m. hingga 8 p.m., walaupun masih banyak yang boleh dilihat dan dibeli hingga lewat malam. Saiz pasar yang luas ini sukar dbayangkan sebelum anda ke sana, jadi pastikan anda mempunyai masa dan tenaga untuk menerokanya sepenuhnya. Jika anda ingin mencuba masakan paling unik dan popular, pergilah lebih awal.

Pasar malam Shilin-Taipei-Tauhu busuk

Makanan yang perlu dicuba di PASAR MALAM SHILIN

Taipei merupakan ibu kota makanan jalanan seluruh dunia, dan Pasar Malam Shilin merupakan tempat terbaik untuk mencuba makanan yang ditawarkan oleh bandar ini. Namun, apabila anda mula-mula masuk ke pasar ini, anda pasti rambang mata melihat kepelbagaian pilihan makanan yang ditawarkan dan tidak tahu makanan yang hendak dipilih. Berikut dicadangkan beberapa makanan dan minuman terbaik dan wajib cuba di Pasar Malam Shilin.

Makanan terbaik yang perlu dicuba di Pasar Shilin

Helaian babi: Snek terbaik, helaian babi sama seperti bunyinya – helaian nipis daging babi dipotong segiempat, dipanggang, dan diperisakan. Keseimbangan rasa dan teksturnya menjadikan helaian babi sangat menyelerakan dan menagihkan, serta mudah sahaja untuk menghabiskan keseluruhan hidangan tanpa anda perasan.

Filet ayam goreng: Masakan yang semakin digemari di pasar malam Asia di seluruh dunia, filet ayam goreng merupakan keistimewaan Taiwan yang tulen. Sepotong ayam digoreng hingga sempurna, kemudian ditaburi dengan serbuk perasa dan selalunya dihidangkan sepenuhnya di dalam beg. Bahagian luar digoreng hingga perang keemasan dan dagingnya lembut dan berjus.

Bebola keledek: Snek jalanan terbaik, bebola keledek merupakan bebola keledek yang digoreng dua kali dan anda boleh menabur serbuk asam agar lebih lazat. Snek yang mudah dibawa ini gebu di dalam dengan bahagian luar yang rangup. Snek ini pasti menjadi salah satu snek kegemaran anda.

Telur dadar tiram: Makanan ruji di pasar malam Taiwan, telur dadar tiram diperbuat daripada telur, sayur dan tiram kecil. Kanji digunakan untuk menebalkan tepung, dan telur dadar dicicah dalam sos savuri.

Pulut sosej gulung: Sering dikenali sebagai “sosej kecil dalam sosej besar,” masakan ini diperbuat daripada sosej babi manis dan savuri digulung dalam pulut yang telah dilumatkan dengan cendawan goreng dan lemak babi. Gandingan ini kemudiannya dipanggang dan dihidangkan dengan sos bawang putih.

Pasar malam Shilin-Taipei-Tauhu busuk

Tauhu busuk: Hanya untuk penggemar makanan yang berani, tauhu busuk ini sama seperti namanya. Makanan ini merupakan tauhu tapai yang digoreng atau direbus dan dimakan dengan sos cili. Jika anda boleh menahan baunya, anda mungkin dapat menikmati rasanya. Cubalah jejari tauhu busuk jika anda ingin makan snek kegemaran Taiwan ini buat pertama kali.

Teh buih: Tiada cara lebih baik untuk mencuci semua snek goreng dan masin yang telah anda makan kecuali dengan teh buih yang terkenal di pasar ini. Air teh sejuk yang biasanya dicampurkan dengan susu dan dipenuhi dengan jeli atau mutiara ubi kayu ini manis, menyegarkan dan lazat. Anda belum minum teh buih sebenar hingga anda rasanya di sini.

Jus lemon jeli aiyu: Satu lagi minuman yang perlu anda cuba di pasar ini, jus lemon jeli aiyu sejuk dan menyegarkan dengan manis yang cukup-cukup rasa. Jeli aiyu diperbuat daripada biji-biji sejenis buah tin dan dihidangkan dengan jus lemon dan madu untuk menambah rasanya.

Bebola ikan goreng: Jika anda peminat bebola ikan, jangan lupa mencuba bebola ikan yang baru digoreng di pasar ini. Dihidangkan panas-panas pada pencucuk, bebola ikan ini mempunyai tekstur mampung dan rasa masin yang menyeimbangkan semua snek savuri yang telah anda nikmati.

Susu goreng: Sekilas pandang, snek lazat ini kelihatan seperti bebola ikan pada mulanya tetapi sebenarnya merupakan cucuk bebola susu yang telah digoreng dalam tepung rangup. Dalam cangkerang rangup ini terdapat isi pekat yang cair di dalam mulut. Tekstur yang berkontras dan rasa manis membuatkan ini snek yang perlu dicuba.

Kiub daging bakar: Dihidangkan semasa masih panas, kiub daging ini dibakar di depan mata anda hingga berjus dan lembut. Anda boleh memilih pelbagai perasa untuk dimakan dengan kiub ini, seperti sos teriyaki, lada sulah atau serbuk cili.

Ban babi lada sulah: Anda wajib meninggalkan bilik untuk salah satu ban babi lada sulah terkenal di pasar ini. Ban ini diperbuat daripada tepung berintikan daun bawang, lada sulah dan babi cincang perap, kemudian disapu minyak bijan dan dibakar dalam ketuhar untuk mendapatkan kulit yang rangup.

Pasar malam Shilin-Taipei-Yangmingshan

Tarikan berhampiran dengan PASAR MALAM SHILIN

Terletak di utara Daerah Shilin, Taipei, Pasar Malam Shilin terletak di antara bandar yang sibuk dengan kehijauan desa. Banyak yang boleh dilihat dan dibuat sebelum ke pasar apabila ia dibuka. Mempunyai banyak muzium, taman dan kemudahan hiburan, Daerah Shilin merupakan tempat yang bagus untuk bersiar-siar sambil menghayati budaya Taipei.

Tarikan utama di sekitar Daerah Shilin

Muzium Istana Negara

Taman Negara Yangmingshan

Taman Hiburan Kanak-Kanak Taipei

Muzium Astronomi Taipei

Pintu Pagar Chin Shan Yen

Pusat Pendidikan Sains Negara Taiwan

Kediaman Rasmi Shilin

Kuil Shennong Shilin

Kuil Hui Chi Chin Shan Yen

Pusat Kebudayaan dan Filem China

Daftar Masuk ke hotel atau pangsapuri berhampiran dengan Stesen Jiantan

Grandee Taipei

CHIENTAN Youth Hotel

Beauty Hotels-Star Beauty Resort

Langkah Keluar ke Pasar Malam Shilin

Cari hotel & penginapan di Taipei