Membeli-belah di Seoul boleh bermaksud melihat-lihat barangan antik di pasar lambak atau menentukan harga beg tangan berjenama di dalam butik terkenal. Kebanyakan kawasan beli-belah di Seoul dibuka 24 jam sehari dan mempunyai semua benda dari galeri seni hinggalah konsert rock. Untuk barang murah yang penuh dengan budaya, bawalah beg beli-belah mesra alam sekitar anda ke Insadong. Ingin lebih bergaya? Apgujeong yang ranggi merupakan tempat anda.
MAKLUMAT TAMBAHAN AGODA: Remaja Korea Selatan suka mendapatkan pembedahan plastik! Malah, kebanyakan penuntut yang memasuki universiti telah membuat sedikit pembedahan, dan ibu bapa Korea menyokong keputusan mereka. Memandangkan pembedahan plastik merupakan ‘hobi’ popular di Seoul, prosedur di sini murah dan senang ditempah. Anda mungkin menjumpai risalah di dalam bilik hotel anda yang menawarkan harga terbaik di pusat kosmetik terdekat!
1. Tawar-menawar di pasar tempatan, atau membeli-belah di pusat beli-belah fesyen mewah di MYEONGDONG
Amat berbaloi membeli-belah di Myeongdong. Cari cenderamata dan pakaian murah di Myeongdong Street Market, atau lihat butik-butik berjenama di Gedung Serbaneka Lotte dan M PLAZA. Untuk fesyen terkini dan sedikit hiburan hujung minggu, pergilah ke Lotte Young Plaza dan Noon Square.
Daftar Masuk ke Karak Tourist Hotel, Langkah Keluar ke Gedung Serbaneka Lotte
Lihat lebih banyak rumah tumpangan dan asrama di Myeongdong
2. Membeli-belah pada siang hari dan nikmati waktu ria pada sebelah malam di DONGDAEMUN
Dengan lebih daripada 25 pusat beli-belah dan 30,000 butik tempatan, Daerah Dongdaemun ternyata merupakan tempat untuk membeli-belah di Seoul. Membeli-belahlah seperti penduduk tempatan di Pasar Dongdaemun, tempat yang anda boleh temui semua barangan dari kain sutera hinggalah produk haiwan peliharaan. Pasar ini terkenal pada waktu siang untuk pelbagai pilihan pakaian, barangan elektronik dan makanan jalanan yang boleh ditemui di jalan makanan Mukja Golmok. Pada waktu malam, kawasan ini menampilkan sebahagian daripada aktiviti malam Seoul yang paling meriah dengan persembahan muzikal, pesta dan juga persembahan fesyen. Setelah memenuhi keinginan membeli-belah di jalanan, pergilah ke pusat beli-belah berhampiran seperti Good Morning City, Doota Mall dan Migliore Dongdaemun untuk terapi membeli-belah.
Daftar Masuk ke Beige Hostel, Langkah Keluar ke Pasar Dongdaemun
Lihat lebih banyak motel dan asrama di Dongdaemun
3. Melepak dengan penuntut kolej yang sukakan pasar lambak dan seni di HONGDAE
Lokasi Kampus Seoul Universiti Hongik, Hongdae memenuhi kehendak orang muda dan bakal seniman. Tarikan utama kawasan ini ialah Jalan Beli-Belah Hongdae, digemari kerana barangannya yang murah dan persembahan pentas terbuka. Pada hujung minggu, penuntut memenuhi Taman Kanak-Kanak Hongik, tempat seniman dan tukang mempamerkan seni mereka di Hongdae Free Market. Tempat terbaik untuk membeli-belah di dalam kawasan tertutup di Hongdae ialah KT&G Sangsangmadang. Bangunan besar 11 tingkat ini mempunyai sebuah galeri seni, dewan persembahan, panggung wayang, dan dataran seni, tempat penduduk tempatan mempamerkan seni dan kraftangan mereka.
Daftar Masuk ke The Win Art House, Langkah Keluar ke Hongdae Free Market
Lihat lebih banyak rumah tumpangan dan pangsapuri di Hongdae
4. Bergaya dengan beg Chanel baharu di dalam pusat pembedahan plastik di APGUJEONG
Langkah masuk ke daerah beli-belah elit Seoul di Apgujeong untuk mencari kaitan bandar ini dengan fesyen mewah dan rahsia kecantikan sempurna. Tempat menarik utama di kawasan ini ialah Jalan Rodeo Apgujeong yang bukan sahaja mempunyai butik dan kedai aksesori dari hujung ke hujung, tetapi juga pusat pembedahan plastik, salun kecantikan dan klinik dermatologi. Gedung Serbaneka Galleria merupakan satu lagi tarikan utama daerah ini.
Daftar Masuk ke Jalan Rodeo Apgujeong
Lihat lebih banyak rumah tumpangan dan pangsapuri perkhidmatan di Apgujeong
5. Teroka kedai-kedai antik dan memorabilia tempatan di lorong-lorong di INSADONG
Insadong merupakan salah satu daerah paling bersejarah di Seoul, jadi bukan satu kejutan bahawa kawasan ini penuh dengan kedai antik, galeri seni dan rumah teh. Selain dari Insadong Ssamjigil, anda tidak akan menemui banyak pusat beli-belah besar di sini, tetapi anda akan menemui Jalan Insadong. Terokalah lorong-lorong berliku untuk mencari hanbok tulen (pakaian tradisional) dan hanji (alat tulis), dan juga hasil seni tempatan, tembikar dan mainan vintaj. Mudah sahaja untuk anda menghabiskan sepanjang hari di Jalan Insadong, tetapi semasa berada di kawasan ini, jangan lupa melawat Muzium Seni Halus Kyungin. Pusat Seni Gana dan Galeri Hakgojae juga merupakan hentian yang baik.
Daftar Masuk ke Tea Hanok Guesthouse, Langkah Keluar ke Jalan Insadong
Lihat lebih banyak rumah tumpangan dan asrama di Insadong