Kejohanan mungkin telah tamat, tetapi keajaiban musim sejuk dan pengembaraan Seoul tidak berkesudahan! Dengan bandar dilitupi salji dan harga – dan juga kesesakan – pada paras yang sangat rendah, musim sejuk merupakan waktu sesuai untuk bergabung dengan Agoda dan merancang percutian terbaik!
1. MAKAN, MAKAN, MAKAN, DAN MAKAN!
Sama ada anda suka makan menggunakan tangan, lidi atau mangkuk, makanan Korea memang direka untuk menghangatkan anda luar dan dalam. Pakar bersetuju bahawa mana-mana makanan ruji jalanan ini memang mengenyangkan dan benar-benar “Seoul-warming”. Buat keputusan anda sendiri di Pasar Tongin atau Pasar Gwangjang, yang saingannya tidak berpenghujung.
Menyerlah dalam kategori makanan jalanan:
Dengan tangan: Chi-maek (ayam goreng Korea), Tokkebu (sosej mil jagung goreng), Hotteok (penkek berinti sirap), Gyeran Bbang (mufin telur)
Cucuk lidi: Odeng (kek ikan dengan sup cicah), Dakkochi (sate ayam), bebola daging Tteokgalbi (bebola daging rusuk lembu masam manis)
Di dalam mangkuk: Samgyetang (sup ayam ginseng), Tteok-mandu guk (sup ladu kek beras), Tteokbokki (kek beras dalam sos pedas)
Daftar Masuk ke Nuri Hanok Guesthouse, Langkah Keluar ke Pasar Tongin
Lihat lebih banyak rumah tumpangan dan asrama di Gwangjang
2. BERENDAM DI JJIMJILBANG
Semua atlet perlu masa untuk memulihkan diri, dan melawat salah satu jjimjilbang di Seoul dianggap sebagai acara pasukan. Dengan kemudahan tidur, TV skrin besar dan bilik senaman, bilik mandi awam hangat dan sauna di Korea merupakan tempat sempurna untuk memulihkan tenaga anda. Jika anda bukan seorang pemain pasukan, pergilah pada hari bekerja kerana tempat-tempat ini dipenuhi dengan keluarga pada hujung minggu.
Bersaing untuk emas:
Dragon Hill Spa, 40-712 Hangangno 3(sam)-ga, Yongsan-gu
Spa Lei, 8-22, Jamwon-dong, Seocho-gu
Siloam Spa, 49 Jungnim-ro, Jungnim-dong, Jung-gu
Daftar Masuk ke Hotel the Designers Seoul Station, Langkah Keluar ke Yongsan
Lihat lebih banyak rumah tumpangan dan pangsapuri perkhidmatan berhampiran dengan pusat beli-belah Central City
Sumber: @star_light_festival
3. LIHAT PENCAHAYAAN MUSIM SEJUK
Ingin menjadi hakim berbanding peserta? Lihat jika anda boleh mencari markah sempurna semasa lawatan di luar Seoul, di tempat anda boleh berjalan di tengah-tengah beberapa persembahan lampu paling menakjubkan di negara ini.
Bersaing untuk emas:
Pesta Lampu di Taman Pagi yang Tenang, Gapyeong
Pesta Lampu Ladang Teh Hijau Boseong, Taman Budaya Teh Korea berhampiran dengan Pantai Yulpo
Pesta Cahaya Bintang E-World, Daegu
Pesta Lampu Animal & Heart Village di Ansan Starlight Photo Land, Ansan
Daftar Masuk ke Hotel Square, Langkah Keluar ke Ansan
Lihat lebih banyak motel dan rumah tumpangan di Daegu
4. BERJALAN KAKI
Pakai stokin panjang, jana haba anda sendiri semasa kembara jalan kaki musim sejuk di bandar ini. Sama ada anda berjalan dengan pantas atau bersiar-siar dengan santai, anda pasti ingin mencari garisan penamat di salah satu tempat paling terkenal di Seoul.
Menyerlah dalam kategori bersiar-siar:
Daerah seni dan sejarah: Jalan Garosu-gil; Perkampungan HanoK Bukchon
Pasar dan beli-belah: Samseong-dong; Insadong Ssamjigil
Bersiar-siar: Istana Gyeongbokgung; Anak Sungai Cheonggyecheon
Daftar Masuk ke Hotel Aventree Jongo, Langkah Keluar ke Perkampungan Hanok Bukchon
Lihat lebih banyak hotel dan rumah tumpangan berhampiran dengan Istana Gyeongbokgung
Sumber: Kang Jenny
5. PERGI KE BUKIT DAN GELANGGANG LUNCUR AIS
Luncur ais merupakan sukan dalam dan luar di Korea Selatan, dan gelanggang cepat penuh pada musim sejuk. Selain itu, dengan berpuluh-puluh bukit yang dilitupi salji untuk ditawan, luncur kereta salji juga telah menjadi hobi musim sejuk di negara ini!
Menyerlah dalam kategori rekreasi musim sejuk:
Gelanggang luncur ais tertutup: Gelanggang Luncur Ais Tertutup Lotte World
Gelanggang luncur ais terbuka: Gelanggang Luncur Ais Seoul Plaza; Pusat Seni Seoul
Luncur kereta salji dan aktiviti musim sejuk: Everland Resort; Seoulland Character Park
Daftar Masuk ke Signiel Seoul, Langkah Keluar ke Lotte World
Lihat lebih banyak hotel dan pangsapuri berhampiran dengan Pusat Seni Seoul
6. MENARI SAMPAI PANAS, GAYA GANGNAM!
Jika menari merupakan sukan musim sejuk, penduduk Korea Selatan pasti menerima pingat. Pentaksub K-pop ini tahu cara untuk menghangatkan seluruh stadium! Berpakaian untuk menang, dan bawalah aksi terbaik anda jika anda ingin bersaing, kerana Gaya Gangnam mempunyai persaingan yang sengit.
Menyerlah dalam kategori hiburan malam:
Kumpulan lebih muda: NB2; Cocoon; Brown
Gangnam: Octagon Club; Club Arena; Monkey Beach; DSTAR, Glad Live; Club Avenue 535
Suasana budaya: Cakeshop Seoul; Boombar; Monkey Museum
Langkah Masuk ke Glad Live Gangnam, Langkah Keluar ke Gangnam
Lihat lebih banyak hotel dan rumah tumpangan di Mapo
7. LUNCUR MENURUNI CERUN
Terdapat beribu-ribu alasan yang menjadikan musim sejuk waktu terbaik untuk melawat Seoul, tetapi cerun kelas pertama di luar bandar mungkin merupakan alasan terbaik! Luncur papan salji atau ski menuruni laluan yang diselimuti salji, direka untuk amatur dan profesional, dan berikan diri anda pingat kerana atlet Sukan Olimpik telah bersaing di gunung yang sama!
Bersaing untuk emas:
Yongpyong Resort
Alpensia Resort
High1 Ski Resort
Konjiam Resort
Vivaldi Park
Muju Deukyusan Resort
Phoenix Snow Park
Daftar Masuk ke Phoenix Park Hotel & Condo, Langkah Keluar ke Phoenix Snow Park
Lihat lebih banyak resort dan motel di Pyeongchang
8. HAYATI PEMANDANGAN MUSIM SEJUK
Di puncak merupakan tempat untuk anda melihat pemandangan yang menakjubkan semasa bandar ini diselimuti salji. Hayati keindahan Seoul dalam suasana yang mungkin memerlukan topi musim sejuk tetapi dijamin akan menjana perasaan yang hangat dan menenangkan.
Menyerlah dalam kategori pemandangan indah:
Menara: Seoullo 7017; Gwanghwamun Square; Fortress Wall of Seoul; 63 Building; Lotte World Tower
Titik pemandangan semulajadi: Gunung Nam (Namsan); Gunung Pugakszan; Gunung Maebongsan; Tasik Seokchonhosu ; Taman Haneul
Jambatan: Jambatan Banpo; Jambatan Pelangi Taman Seonyudo
Daftar Masuk ke Kensington Hotel Yoido (Yeouido), Langkah Keluar ke Yeouido
Lihat lebih banyak hotel dan rumah tumpangan di Banpo
Sumber: @thekoreandreamfr
9. LARI DARI CUACA DINGIN SAMBIL MENGHARGAI SENI
Hayati kekayaan sejarah dan budaya Seoul dengan melawat pelbagai muzium yang memaparkan semua benda dari sejarah zaman purba hingga kehidupan pada masa depan, dan juga … kimchi! Berulanglah berkali-kali ke setiap tempat, bukan sahaja kerana melihat pameran Seoul membuatkan anda rasa seperti pemenang, tetapi juga kerana, sayang, sejuklah di luar!
Menyerlah dalam kategori muzium:
Sejarah: Muzium Istana Negara Korea; Muzium Rakyat Negara Korea; Muzium Universiti Wanita Ewha
Seni: Dongdaemun Design Plaza (DDP); Pusat Seni Seoul; Muzium Seni Moden dan Kontemporari Negara; Muzium Seni Moden ARA
Pelik dan aneh: T.um – SK Telecom; Muzium Lapangan Kimchi (Muzium Kimchikan); LEEUM; Muzium Seni Samsung
Daftar Masuk ke Somerset Palace Seoul, Langkah Keluar ke Jongno
Lihat lebih banyak hotel dan asrama berhampiran dengan Muzium Lapangan Kimchi (Muzium Kimchikan)
10. BERSELIMUT DI ATAS KATIL YANG SELESA
Aktiviti berlingkar mungkin tidak terdapat dalam senarai permainan musim sejuk anda, tetapi berlingkar pada musim sejuk di Seoul merupakan hobi yang serius! Bermesra dengan seluruh ahli keluarga di dalam rumah tradisional Korea yang moden dan mewah, atau gapai pingat emas di suite premium dengan onsen peribadi, sauna dan juga tandas hangat!
Menyerlah dalam kategori penginapan:
Untuk semua ahli pasukan: Dormy Inn Premium Seoul Garosugil
Peserta Individu: Hotel La Casa Garosugil
Tradisional: Ihwa Hanok Stay
Daftar Masuk ke Ihwa Hanok Stay, Langkah Keluar ke Perkampungan Hanok Bukchon
Lihat lebih banyak rumah tumpangan dan pangsapuri perkhidmatan di Gangnam
11. BELI-BELAH SEPERTI JOHAN
Membeli-belah di Korea Selatan sangat digemari hinggakan jawatankuasa pelancongan negara ini menjadikannya acara negara! Alami Jualan Besar-Besaran Korea pada setiap Januari di daerah beli-belah seluruh Seoul dan majlis perbandaran seluruh negara. Setiap peruncit besar menyertai acara ini dengan menawarkan hadiah percuma, diskaun untuk produk dan perkhidmatan, pengalaman budaya. dan yang paling baik, persekitaran yang hangat.
Menyerlah dalam kategori beli-belah:
Daerah beli-belah: Jalan Fesyen Universiti Wanita Ewha; Pasar Dongdaemun; Myeong-dong; Hongdae; Pusat Beli-Belah Bawah Tanah Gangnam; Insa-dong
Pusat Beli-Belah: Pusat Beli-Belah COEX; Pusat Beli-Belah Parnas; Famille Station; IFC; Times Square; AK Plaza, Suwon
Daftar Masuk ke Hotel Skypark Dongdaemun, Langkah Keluar ke Pasar Dongdaemun
Lihat lebih banyak rumah tumpangan dan pangsapuri di Myeong-dong
12. JOM MINUM!
Hirup atau teguk seperti orang tempatan, tetapi jangan pulang tanpa mencuba minuman kebangsaan Korea, soju. Digambarkan sebagai manis dan tidak sekuat vodka, soju tertanam kukuh dalam budaya Korea hinggakan terdapat orang tempatan yang menjalankan upacara semasa minum dan hanya minum dengan makanan tertentu. Anda tidak perlu mengikut semua peraturan ini, tetapi perlu mencubanya. Hangatkan tubuh anda dengan pergi dari satu pub ke pub lain untuk menemukan pelbagai jenis soju serta satu lagi minuman terkenal di Korea, makgeolli.
Menyerlah dalam kategori hiburan malam:
Bar makgeolli: Moon Jar; Mui Mui; Wolhyang; Chin Chin
Bar soju: Vinga; Vinyl; The Timber House; The Flower Shop that Serves Alcohol
Jeontong-ju (alkohol tradisional Korea): De Chou; Mingles; Saebal Jajeongeo (Tricycle); Soobul
Minum tanpa had: 401 Lounge; Makgeolli Salon; Hanguk Galbi; Cactus; The A Lounge
Bir kraf: Bonny’s Pizza Pub; Magpie Brewing Co.; Craftworks Taphouse; The Springs Tap House