Dilimpahi sinaran matahari, beriklim tropika dan kaya dengan budaya, Bali terkenal sebagai salah satu destinasi percutian paling eksotik di dunia. Kegiatan paling digemari di Bali termasuklah spa alam, kuil yang tenang, pengalaman beli-belah di bazar, dan pelbagai kelab malam dan bar moden. Bali penuh dengan pengembaraan yang menyeronokkan, hingga membuatkan anda rasa seperti tidak mahu pulang.
Kegiatan di Bali | Kuil dan Mercu Tanda Bersejarah di Bali
Kekayaan sejarah Bali jelas kelihatan ke mana-mana sahaja anda pergi di pulau ini; lawatlah tarikan-tarikan terkenal berikut semasa keluar bersiar-siar.
Kuil Gunung Kawi
Seni bina mengagumkan di tengah-tengah kehijauan lembah sungai, Kuil Gunung Kawi mengundang pelawat untuk meneroka, menghayati keindahannya, dan mencari ketenangan diri. Lembah ini terkenal sebagai “Lembah Raja-Raja Bali” dan terletak berhampiran dengan kawasan Ubud. Seluruh kompleks ini mengandungi 10 keramat yang dipahat indah pada cenuram dan didedikasikan kepada ahli keluarga diraja yang pernah berkhidmat di Bali.
Semasa berada di Kuil Gunung Kawi, pelawat dibenarkan bertafakur di dalam gua-gua batu, meneroka kawasan ini, dan menghayati keindahannya. Di sini, pelawat boleh merenung hidup mereka dan mencari ketenangan dan kedamaian dalam diri. Sebelum menuju ke kuil, pelawat perlu memakai kain sarung dan selapang sebagai tanda hormat; pelawat boleh membawa kain mereka sendiri atau menyewa kain di pintu masuk kuil. Jangan lupa bawa kamera untuk mengambil gambar tapak bersejarah yang indah ini.
Daftar Masuk ke Dwaraka The Royal Villas, Langkah Keluar ke Kuil Gunung Kawi
CARI & TEMPAH HOTEL DI BALI HARI INI
Kuil Tanah Lot
Sementara menghayati keindahan pantai-pantai di pulau ini, jangan lupa menuju ke Kuil Tanah Lot, tempat pengunjung boleh memberikan penghormatan kepada tokoh agama kurun ke-16, Dang Hyang Nirartha. Kuil Tanah Lot secara teknikalnya tidak terletak di atas pulau Bali, tetapi boleh diakses dengan jalan darat, maka tiada persiapan khusus perlu diaturkan untuk ke sana.
Kuil Tanah Lot dikelilingi batu-batuan indah dan pemandangan laut yang menakjubkan. Rancang lawatan anda pada lewat petang untuk melihat warna-warni langit pada waktu senja. Kuil ini mempunyai beberapa keramat, masing-masing dengan tarikan unik tersendiri.
Bayaran masuk ke Kuil Tanah Lot ialah 20,000 IDR untuk dewasa dan 10,000 IDR untuk kanak-kanak.
Daftar Masuk ke Kelating Guest House, Langkah Keluar ke Kuil Tanah Lot
CARI & TEMPAH HOTEL DI BALI HARI INI
Batu Bolong
Terletak di pinggir pantai Canggu, daerah Kuta Utara, Badung, Batu Bolong merupakan satu lagi tarikan agama terkenal yang meraikan adat Hindu pada zaman dahulu. Batu Bolong terletak berhampiran dengan Kuil Tanah Lot dan di atas cenuram batu yang indah.
Batu Bolong lebih kecil berbanding dengan beberapa kuil Hindu di Bali, tetapi masih mempunyai kepentingan dalam sejarah kawasan ini. Di sini terdapat struktur batuan yang mengagumkan, keramat yang indah, dan pemandangan laut yang menakjubkan.
Seperti kuil lain di pulau ini, kain sarung dan selapang perlu dipakai apabila masuk dan bayaran masuk berjumlah 10,000 IDR.
Daftar Masuk ke Legong Keraton Beach Hotel, Langkah Keluar ke Batu Bolong
CARI & TEMPAH HOTEL DI BALI HARI INI
Istana Ubud
Kediaman keluarga diraja Ubud, Istana Ubud mempunyai ciri-ciri eksotik, menarik perhatian dan mengagumkan. Pelawat pasti seronok melawat tapak ini dan melihat seni bina batu dan atap jerami tradisional. Istana ini dibina pada awal kurun ke-18 dan mempunyai bahagian luar yang dihias indah, taman tropika yang subur, dan koleksi seni dan artifak yang dipamerkan kepada umum.
Istana ini dibuka dari 8am hingga 7pm setiap hari dan masuk adalah percuma! Istana Ubud menawarkan persembahan tarian oleh Penari Diraja Istana Ubud setiap hari: tiket persembahan bermula dari 100,000 IDR. Lihat laman web istana untuk waktu persembahan.
Daftar Masuk ke Mason Elephant Lodge, Langkah Keluar ke Istana Ubud
CARI & TEMPAH HOTEL DI BALI HARI INI
Kegiatan di Bali | Tarikan Alam yang Menenangkan
Bali bukan sahaja menawarkan restoran bertaraf dunia, pusat beli-belah ternama, dan beberapa kelab malam paling hangat di seluruh Asia Tenggara, pulau ini juga menawarkan kawasan-kawasan semulajadi indah yang menenangkan minda, tubuh dan jiwa. Apabila anda sudah bersedia untuk duduk dan berehat, lawatlah tarikan menenangkan yang berikut.
Hutan Monyet Ubud
Pelawat boleh berhubung dengan sisi liar kanak-kanak mereka sambil menghayati nada alam semasa melawat Hutan Monyet Ubud. Meliputi 12 hektar habitat semulajadi, Hutan Monyet Ubud didiami lebih daripada 700 ekor monyet dan hidupan liar Asia yang lain.
Semasa melawat hutan ini, tetamu boleh melihat monyet bermain-main dan juga arca monyet yang ada, mengambil gambar alam semulajadi, dan mencari ketenangan dan kedamaian diri di salah satu dari tiga kuil yang terdapat di sini.
Hutan Monyet Ubud dibuka dari 8:30am-6:00pm setiap hari. Tiket masuk berjumlah 80,000 IDR untuk dewasa dan 60,000 IDR untuk kanak-kanak.
Daftar masuk ke Bisma Eight Ubud, Langkah Keluar ke Hutan Monyet Ubud
CARI & TEMPAH HOTEL DI BALI HARI INI
Pantai Kuta
Sesuai untuk sukan air atau hanya bersantai dan berehat, Pantai Kuta terletak di hujung selatan pulau ini dan terkenal dalam kalangan pelancong dan penduduk tempatan kerana pantainya yang berpasir dan jarak yang dekat dengan pusat beli-belah dan hotel terkenal. Dari meluncur air hingga berjemur, Pantai Kuta merupakan destinasi sempurna untuk mereka yang ingin bermain dan mengambil bahagian dalam kegiatan di Bali! Pantai Kuta sentiasa mengikut perkembangan, memenuhi kehendak mereka yang sukakan makanan jalanan, kelab malam yang liar dan bising, dan juga tatu.
Daftar Masuk ke Hard Rock Hotel Bali, Langkah Keluar ke Pantai Kuta
CARI & TEMPAH HOTEL DI BALI HARI INI
Gunung Agung
Bagi mereka yang ingin menghayati keindahan gunung berapi hidup, Gunung Agung, merupakan destinasi sempurna untuk mendekati alam. Gunung Agung ialah gunung tertinggi di Bali, dengan ketinggian mencecah 3,124 meter.
Gunung Agung menawarkan pelbagai kegiatan untuk pengunjung yang sukakan pengembaraan. Kawasan ini terkenal untuk kembara jalan kaki, mencari burung, berbasikal, melihat flora dan fauna, berenang, dan banyak lagi. Tetamu boleh berjalan dari kaki gunung ke puncak dalam masa tujuh jam.
Kolam Air Panas Banjar
Serap kuasa penyembuhan terapeutik alam semasa melawat Kolam Air Panas Banjar di kawasan Seririt pulau ini. Kolam Air Panas Banjar adalah tempat pertembungan alam dan landskap yang menakjubkan.
Tetamu dialu-alukan untuk mandi di dalam kolam yang kaya dengan zat mineral dan menyerap semua manfaat kesihatan yang ditawarkan. Ruang ini adalah ruang awam yang terbuka dengan beberapa kolam air panas dan pancuran mulut naga, tumbuhan yang subur, dan sebilangan kecil tab air panas peribadi yang terpencil. Kolam Air Panas Banjar juga menawarkan studio urut yang menenangkan, sebuah restoran kasual, dan taman botani yang indah untuk dinikmati.
Kemudahan kolam air panas dibuka dari 8:30am-5:30pm setiap hari, dan bayaran masuk berjumlah 20,000 IDR untuk dewasa dan 10,000 IDR untuk kanak-kanak.
Daftar Masuk ke Dewantara Boutique Villa Resort By Bali Family Hospitality, Langkah Keluar ke Kolam Air Panas Banjar
CARI & TEMPAH HOTEL DI BALI HARI INI
Pantai Canggu
Dianggap sebagai salah satu destinasi luncur air terbaik di Bali, Pantai Canggu mempunyai ombak-ombak besar dan pantai berpasir lembut! Pengunjung ke Pantai Canggu pasti terpesona dengan keindahannya dan pemandangan yang menakjubkan. Pantai ini terletak di bahagian barat daya pulau ini dan dibuka sepanjang tahun kepada pengunjung.
Anda bukan sahaja boleh baring sambil berjemur di Pantai Canggu, malah terdapat cenuram berbatu untuk diteroka, air laut yang hangat untuk berenang, dan banyak hentian makanan dan minuman. Pastikan anda ke sana pada awal pagi kerana pantai ini pasti sesak pada musim puncak pelancongan.
Daftar Masuk ke Aston Canggu Beach Resort, Langkah Keluar ke Pantai Canggu
CARI & TEMPAH HOTEL DI BALI HARI INI
Kegiatan di Bali | Pengalaman Beli-Belah Santai
Sebagai salah satu destinasi percutian cuaca panas terkenal di dunia, Bali menawarkan barisan peruncit antarabangsa yang yang mengagumkan dan juga butik-butik milik tempatan. Pergilah dari kedai ke kedai untuk mencari beberapa hadiah paling eksotik di bumi serta barang berjenama pada harga yang sangat murah.
Pasar Raya Pepito Canggu
Menawarkan hasil tempatan dan segar, masakan istimewa tempatan, dan pelbagai bahan Asia terbaik, Pasar Raya Pepito Canggu adalah salah satu pusat beli-belah sehenti untuk semua keperluan makanan. Sama ada anda mencari bahan untuk berkelah di pantai atau masak di hotel, pasar raya ini wajar dikunjungi. Di sini anda boleh menghayati budaya Bali dan membeli-belah seperti orang tempatan. Pasar raya ini mempunyai kedai roti dan deli di dalamnya, jadi pelanggan boleh makan sambil membeli barang.
Pasar Raya Pepito Canggu terletak berhampiran dengan Pantai Canggu dan dibuka dari 7am hingga 11pm setiap hari.
Daftar Masuk ke Shore Amora Canggu, Langkah Keluar ke Pasar Raya Pepito Canggu
CARI & TEMPAH HOTEL DI BALI HARI INI
Pasar Kuta
Terletak sepanjang pelantar laluan Pantai Kuta, Pasar Kuta merupakan destinasi beli-belah terbaik untuk mencari hadiah, aksesori, seni, pakaian, dan barangan kraf lain yang dihasilkan oleh seniman tempatan. Pasar terbuka ini terdiri daripada gerai-gerai bebas dan pemiliknya sentiasa bersedia untuk tawar-menawar dengan pelancong; namakan harga anda dan anda mungkin dapat harga yang hebat!
Pasar ini mempunyai enam bangunan dan menjadi tempat pencarian harta bagi pengunjung yang mempunyai masa untuk menerokanya. Semuanya ada, dari poskad Bali hingga gaun bercorak bunga, pasti ada sesuatu untuk setiap orang.
Pasar Kuta dibuka dari 8am hingga 10pm setiap hari.
Daftar Masuk ke Sun Island Hotel Spa Kuta, Langkah Keluar ke Pasar Kuta
CARI & TEMPAH HOTEL DI BALI HARI INI
Bali Collection
Menawarkan pelbagai kedai mewah, Bali Collection merupakan destinasi beli-belah terkemuka di pulau ini. Pusat beli-belah tertutup ini dibuka dari 10am hingga 10pm setiap hari dan mempunyai pelbagai kedai mewah.
- Prada Bali Concept
- Hurley
- Nike
- Polo
- Giordano
- Luxury Leather
- Bali Taza
- Wikowi Art & Craft
- Padi Art Market
- Exotic Gems
Di dalam pusat beli-belah ini, terdapat restoran-restoran yang menawarkan makanan dari seluruh pelosok dunia. Pengunjung akan menemukan restoran-restoran mewah dan juga gerai makanan segera. Bagi mereka yang ingin memanjai diri, pergilah ke spa harian seperti The Shampoo Lounge, Prada Reflexology, atau Ocean Spa. The Bali Collection menyediakan persembahan langsung sepanjang minggu untuk pengunjung. Lihat laman web mereka untuk melihat tarikh dan tempat persembahan.
Daftar Masuk ke Bali Nusa Dua Hotel, Langkah Keluar ke The Bali Collection
CARI & TEMPAH HOTEL DI BALI HARI INI
Medan Beli-Belah Hardy’s Sanur
Terletak di sebelah timur pulau Bali di kejiranan Sanur, Medan Beli-Belah Hardy’s Sanur menawarkan pengalaman beli-belah yang menyeluruh, tempat pengunjung boleh membeli hasil keluaran tempatan, barang dapur, pakaian, seni, dan perhiasan rumah.
Pasar raya dan plaza beli-belah mengagumkan ini dibuka dari 8am hingga 10pm, Ahad hingga Jumaat, dan dari 8am hingga 10:30pm pada hari Sabtu.
Daftar Masuk ke Inna Grand Bali Beach Hotel, Langkah Keluar ke Medan Beli-Belah Hardy’s Sanur
CARI & TEMPAH HOTEL DI BALI HARI INI
Kegiatan di Bali | Restoran dan Kelab Malam
Selepas matahari terbenam, kelab malam dan restoran di Bali mula hidup, menawarkan pengunjung peluang untuk berseronok, menikmati koktel istimewa tropika dan mencuba makanan yang memenangi anugerah dari seluruh dunia. Bagi mereka yang mencari tempat minum malam terbaik selepas seharian bersiar-siar, masukkan tarikan hangat ini dalam perhatian anda.
Restoran Bali Terkenal untuk Semua Cita Rasa
- TIA Garden Restaurant – Restoran terbuka kasual bertemakan taman yang menghidangkan masakan tradisional Indonesia.
- Zanzibar – Restoran mewah yang menghidangkan masakan Itali dan Eropah yang penuh dengan kesenian.
- La Finci Restaurant – Restoran bertemakan taman eksotik yang menghidangkan masakan daging, makanan laut dan vegetarian Sepanyol terbaik berlatarkan alam semulajadi.
- Seafood House – Restoran makanan laut yang terletak berhampiran dengan pantai. Singgah di sini untuk menikmati hidangan Kantonis dan Amerika yang lazat.
- Karma Steakhouse – Restoran stik yang mengenyangkan yang meraikan kekayaan rasa daging layur dalam suasana bar dan gril gaya barat.
Kelab Malam Meriah di Bali
- UNIQUE Rooftop Bar – Tempat hiburan malam kontemporari dengan bar koktel yang besar, tempat duduk terbuka dan kolam renang.
- JP’s Warung Club – Terkenal dalam kalangan pelancong dan bujang, reka hiasannya moden dan mempunyai pencahayaan berwarna-warni yang banyak.
- The Fire Station Bar – Tempat minum kasual untuk mendapatkan bir sejuk dan makanan Eropah seperti di rumah.
- Rock Bar – Menawarkan pemandangan laut yang mengagumkan, bar terbuka ini sesuai untuk mereka yang ingin minum koktel berlatarkan alam semulajadi.
Kegiatan di Bali | Pengalaman Spa yang Mengasyikkan
Ingin memanjai diri di spa selepas seharian bermain di bawah terik matahari? Tak perlu cari lebih jauh dari syurga kesejahteraan dan kesihatan berikut.
- Amelia Spa – Spa harian kasual yang menawarkan rawatan tangan dan kaki, urut dan pelbagai perhidmatan kecantikan yang lain.
- Delta Spa – Spa perkhidmatan penuh yang menawarkan terapi batu panas, akupunktur, urut oleh pakar, rawatan muka, pelangsingan badan, dan banyak lagi.
- Acqua Perla Spa– Pengalaman spa yang aneh, lengkap dengan rawatan sutera dan pasir, rawatan getaran bunyi mangkuk Tibet, penjagaan kuku, urut, dan rawatan muka dengan batu.
- Anantara Spa – Spa kecantikan terbuka/tertutup yang menawarkan perkhidmatan seperti aromaterapi, rawatan penyegaran fajar dan senja, urut melepaskan tekanan, refleksologi kaki, lulur badan, mandi bunga, dan urut kepala India.
- Tjampuhan Spa – Spa harian yang dijalinkan dengan unsur-unsur alam, oasis tersembunyi ini terletak di tebing sungai dan menawarkan urut di tempat terbuka dan banyak lagi.