fbpx

Champs Elysees: Pengalaman Hiburan Mewah di Paris

View on Avenue des Champs-Elysees from Arc de Triomphe at sunset, Paris, France

Dihiasi dengan seni bina indah, taman awam yang aneh, dan ciri-ciri sejarah sejauh mata memandang, Champs Elysees merupakan salah satu tarikan bandar paling terkenal di dunia. Daerah hiburan dan beli-belah mewah ini dikenali secara rasmi sebagai Avenue des Champs-Élysées. Apa yang anda boleh lihat dan buat semasa melawat Champs Elysees? Teruskan membaca dan lihat apa yang ditawarkan “The Ave” kepada anda.

Champs Elysees-Paris-Arc de Triomphe

Destinasi Champs Elysees: Panduan untuk Lebuh ini.

Apabila dikatakan tentang kedai butik mewah Eropah, makan bertaraf dunia, pakaian berjenama terkenal, tarikan sejarah, dan kilasan romantik dan mesra kehidupan di Paris, Champs Elysees menawarkan semuanya hanya dalam jarak kira-kira sebatu. Jalan ini dibarisi bangunan indah, sesetengahnya berusia lebih dari satu abad, dan tamannya penuh dengan campuran indah pokok dan tumbuhan jati yang menghijau. Champs Elysees terletak hanya 19 batu dari Lapangan Terbang Charles de Gaulle dan anda boleh ke sana dalam tempoh kurang dari 45 minit semasa keadaan trafik yang biasa.

Seni Bina Wajib Lihat di Champs Elysees

Semasa anda meneroka Champs Elysees, jangan lupa untuk ke Monumen Arc de Triomphe, yang dibina bagi memperingati pejuang-pejuang yang terkorban semasa Perang Napolean dan Perang Revolusi Perancis. Struktur besar ini juga menempatkan Makam Perajurit Tak Dikenali. Monumen Arc de Triomphe, kerja-kerja pembinaan bermula pada tahun 1806 dan dianggap sebagai monumen utama di Paris. Di Arc de Triomphe, anda boleh mengambil gambar dan menghargai seni ketukangan monumen ini.

Tugu Flame of Liberty juga merupakan satu lagi tarikan ikonik berhampiran Champs Elysees. Tugu ini melambangkan persahabatan antara Perancis dengan Amerika Syarikat. Apinya direka sama dengan api pada obor Statue of Liberty di New York dan amat mengagumkan. Semasa di Tugu Flame of Liberty, anda dapat melihat pemandangan menakjubkan Menara Eiffel yang melatarinya. Lawat tarikan ini pada lewat petang dengan orang tersayang dan hayati keindahan matahari terbenam.

Jika anda berminat dengan politik Perancis, atau sukakan bangunan lama dan megah, jangan lepaskan peluang ke Palais de l’Élysée. Bangunan indah ini merupakan kediaman rasmi Presiden Perancis dan terletak tidak jauh dari Champs Elysees. Ia mempunyai laman yang dijaga elok dan taman yang dipenuhi bunga-bungaan yang indah.

Champs Elysees-Paris-kafe dan restoran Perancis

Pilihan Makan di Champs Elysees

Sama ada anda mencari masakan yang indah dan mewah, baru, atau murah, Champs Elysees mempunyai pelbagai pilihan yang sesuai dengan cita rasa semua orang. La Cantina Chic merupakan kejiranan mesra yang menawarkan masakan murah dari Itali, Mediterranean, dan semua wilayah di Eropah; mereka juga mempunyai pelbagai pilihan makanan vegetarian.

Anda ingin rasa masakan tradisional Perancis sambil berehat di dalam restoran yang berkonsepkan kotej kampung vintaj? Anda tak perlu pergi jauh, pergi saja ke Laduree Restaurant untuk sarapan, sarapan lewat pagi, makan tengah hari, atau makan dan minum lewat malam. Nikmati kudapan indah seperti kek plaisir sucre, roti bakar Perancis dihiasi buah segar, makarun buatan sendiri, teh panas, dan banyak lagi.

Buddha Bar dianggap sebagai salah satu rahsia terbaik Champs Elysees yang memaparkan suasana yang mesra dan santai yang sesuai untuk berehat selepas hari yang memenatkan dan menikmati minuman beralkohol sejuk. Hiasan dalaman restoran ini berkonsepkan oriental dan gelap, dengan patung Buddha besar sebagai tumpuan utamanya. Buddha Bar ialah tarikan malam mewah yang menghidangkan makanan gourmet untuk dikongsi bersama.

Champs Elysees-Paris-kedai pakaian

Membeli-belah di Champs Elysees

Mahu beg tangan Louis Vuitton? Mungkin juga skarf baharu daripada Hermes? Kaki lima Champs Elysees dipenuhi dengan kedai yang menjual pelbagai barangan dari barang-barang berjenama terkenal hingga cenderamata Perancis.

Kedai jenama terkenal lain di Champs Elysees termasuk:

• Tiffany & Co.

• Marks and Spencer

• H&M

• Tommy Hilfiger

• Christian Dior

• Gianni Versace

• Motor Village (Fiat)

• Nespresso

Champs Elysees-Paris-Palais Garnier

Galeri Seni, Teater, Konsert, dan Hiburan Langsung Lain

Champs Elysees bukan sahaja merupakan hab untuk pertunjukan fesyen yang menarik perhatian selebriti-selebriti paling terkenal, tetapi ia juga mempunyai banyak galeri seni, teater seni pentas, tempat untuk mendengar muzik secara langsung, dan lain-lain.

Palais Garnier dianggap sebagai rumah opera asal di kawasan ini dan mempunyai suasana ambien serta sistem bunyi yang mengagumkan. L’Olympia juga merupakan tempat yang patut diberi perhatian yang mempunyai ruang makan yang intim dan pernah dikunjungi oleh nama-nama besar dalam bidang muzik.

Nouveau Musee du Parfum merupakan muzium interaktif dan menyeronokkan yang meraikan kehalusan seni membuat minyak wangi. Pelawat boleh menyertai lawatan berpandu 30 minit dan mencari wangian baharu kegemaran mereka. Petit Palais juga merupakan permata yang wajib dilawat di Champs Elysees. Bangunan indah ini mengundang anda untuk masuk ke dalam dan mengagumi hasil artis-artis Perancis dari kurun ke-19 dan seterusnya. Jika anda ingin melarikan diri sebentar dari realiti, carilah Theater Marigny yang didambakan di Champs Elysees. Dibina pada 1894, bangunan bersejarah ini mengundang tetamu untuk menonton persembahan teater, muzik secara langsung dan persembahan lain.

Champs Elysees-Paris-Hotel Lancaster

Hotel di Champs Elysees

Terletak di pusat bandar Paris, Champs Elysees mempunyai banyak pilihan hotel untuk pelbagai peruntukan. Sama ada anda berminat dengan penginapan 5 bintang dengan semua manfaatnya, atau anda inginkan sesuatu yang ringkas, lihatlah bilik-bilik ini hari ini:

  1. Hotel Lancaster mementingkan keindahan moden. Hotel ini terletak betul-betul di tengah-tengah Champs Elysees dan amat teliti dalam memberikan perkhidmatan dan pengalaman terbaik kepada tetamu.
  2. Terletak berhampiran dengan tempat hiburan di Champs Elysees, Hotel Cordelia mempunyai ciri-ciri moden yang membolehkan anda berehat dan menikmati masa senyap selepas seharian bersiar-siar.
  3. Jika anda ingin keindahan yang berkekalan dan berada berdekatan dengan restoran, kedai dan teater, tempah bilik di Hotel Francois Premier. Hotel ini menawarkan tarikan hotel butik dan dalam masa yang sama memberikan tetamu perkhidmatan mewah seperti bar, kedai cenderamata dan restoran.

Champs Elysees-Paris-Muzium Petit Palais

Lawatan Peribadi Champs Elysees

Champs Elysees merupakan tempat yang mengagumkan, dipenuhi pemandangan yang indah, sejarah, dan pelbagai peluang untuk merasai budaya Perancis sepenuhnya. Untuk mendapatkan pengalaman terbaik semasa lawatan anda, tempah lawatan peribadi dan teroka daerah ini dengan seorang pemandu yang pakar.

April in Paris Tours menawarkan lawatan berjalan kaki dan berbasikal separuh hari dan satu hari penuh ke mercu tanda-mercu tanda paling terkenal di daerah ini. Berseronoklah mencuba makanan, mempelajari tentang sejarah tempatan, dan mendalami budaya di salah satu tempat paling romantik di dunia. Unique Paris Private Tours menawarkan perkhidmatan lain daripada yang lain, dan akan membawa anda dalam pengembaraan yang tidak akan anda lupakan. Anda akan dapat melihat Menara Eiffel dan pelbagai tempat bersejarah sambil mempelajari tentang kepentingan setiap mercu tanda yang dilawati. Bustronome Paris Tours mengundang pelawat untuk berehat dan menikmati pemandangan ketika melawat bandar ini sambil menikmati makanan Perancis yang tulen. Bustronome Paris Tours menawarkan beberapa lawatan bas yang menunjukkan tarikan paling terkenal di bandar ini.

Champs Elysees-Paris-Cara meneroka

Cara Meneroka Champs Elysees

Champs Elysees merupakan hab pelancongan dan perniagaan yang sibuk, dan meneroka daerah ini amat mudah. Ketika cuaca baik, pilih untuk berjalan kaki agar anda boleh berhenti dan mengagumi semua yang boleh dilihat di sana. Anda juga boleh menaiki bas, teksi atau mengaturkan kereta peribadi dengan pemandu.

Jika anda datang dari Lapangan Terbang Charles de Gualle ke Champs Elysees, gunakan manfaat yang ditawarkan hotel tempatan dan aturkan perkhidmatan shuttle peribadi hotel semasa membuat tempahan. Air France juga menawarkan shuttle lapangan terbang untuk perjalanan tempatan. Sebelum meninggalkan lapangan terbang, anda boleh menyewa kereta dan memandu, tetapi pastikan anda telah mengkaji undang-undang memandu di negara ini.

Daftar Masuk ke hotel atau pangsapuri berhampiran dengan Monumen Arc de Triomphe

Hotel Balzac Champs Elysees Paris

Le Mathurin Hotel

Elysees 8 Hotel

Langkah Keluar ke Champs Elysees

Cari hotel & penginapan di Paris